Wednesday, January 22, 2014

Kenapa Hati Tidak Bahagia?

Sesetengah orang sering merungut:

“Kenapalah dengan aku hari ni, asyik nak terjatuh je”
“Sakit betul la hati tengok muka dia
“Menyampah betul..asyik dia je yang dapat”
“Hari ini hari malang akulah…”
“Kenapa hari ini rasa macam nak marah orang je”

Kesemua rungutan dan kata-kata di atas menunjukkan hati kita yang tidak bahagia. Selalu ada perasaan sakit hati, dengki dengan orang lain, hidup tidak terurus, selalu rasa susah dan kelam kabut.

Cuba kita semak semula. Adakah perkara-perkara yang kita terlepas pandang?

“Patutlah..solat subuh pukul 7.30 pagi..”
“Patutlah…aku ambil wuduk tadi, main basuh je..tak buat betul-betul”
“Patutlah..aku tak solat subuh”
“Patutlah…aku ni tak pernah menghadap Illahi”
“Patutlah…zakat aku tak bayar lagi”
“Patutlah…Aku keluar rumah tadi, tak salam mak ayah”
“Patutlah…sebelum pergi kerja tadi, aku maki hamun jiran sebab jemur baju kat pagar rumah aku…”
“Patutlah…aku marah kat orang yang minta sedekah tadi”

Kadang-kadang kita tidak perasan dan tidak sedar, ada perkara-perkara kecil yang kita buat menyebabkan hidup kita musnah seharian. Jiwa tidak tenang dan selalu rasa susah hati. Ini kerana kita melakukan dosa-dosa yang dianggap remeh dan kecil sedangkan dosa adalah tetap dosa. Tetap ditulis oleh Malaikat sebagai amalan buruk yang akan dibalas dengan hukuman yang setimpal oleh Allah s.w.t.

Kita tidak sedar, rasa susah hati, jiwa tidak tenang, hidup kelam kabut, kerja selalu tidak menjadi, selalu kena marah adalah sebagai hukuman kepada kita yang memandang remeh kepada setiap dosa yang dilakukan.

TAPI!!! Ada sesetengah orang yang:

Sombong tapi berjaya
Tak pernah solat, tapi kaya..
Tak pernah bayar zakat, tapi hidup tak sengasara pun..
Tak bersedekah…tapi happy je..

Mereka tidak sedar, nikmat juga merupakan salah satu daripada ujian Allah s.w.t.
Kaya, bahagia, berjaya hanya sementara sahaja bagi mereka yang tidak patuh kepada Allah. Apabila suatu hari Allah tarik kebahagiaan mereka, mereka tiada langsung tempat bergantung kerana Allah telah melupakan mereka kerana mereka lupakan Allah. Melainkan mereka melakukan taubat kepada Allah. 
Bahagiakanlah hati dengan selalu melakukan amal kebaikan dan jaga tutur akhlak. Allah selalu bersama orang yang suka buat baik.
*Perkongsian artikel Ustazah Aida Hartini dalam risalah e-Usuluddin, KUISAS

Sunday, January 19, 2014

Rindu Pengubat Luka

Sering kali ku terkenang saat kau tersenyum
Lalu memandang ku
Tapi, kini pabila kau tiada di sisi
Ku terdampar layu, beralunan sepi
Melayang-layang dihembus bayumu

Tak ku ulangi kesilapan itu
Maafkan aku
Mengguris hatimu
Berilah ku ruang perbaiki diriku
Aku merayu kembali kepada ku
Rindu pengubat luka

Korus
Ku masih memerlukan belaian kasih
Dan tawa mesramu
Kau seretku ke dalam rongga hatimu
Salut kerinduan menggamit menusuk di kalbuku
Terangi hidupku dengan cahayamu

Tak ku ulangi kesilapan itu
Maafkan aku
Mengguris hatimu
Berilah ku ruang perbaiki diriku
Aku merayu kembali kepada ku
Rindu pengubat luka

Walau ku dilupakan
Namun jangan kau lupakan detik bersama

Tak ku ulangi kesilapan itu
Maafkan aku
Mengguris hatimu
Berilah ku ruang perbaiki diriku
Aku merayu kembali kepada ku
Tak ku ulangi kesilapan itu
Maafkan aku
Mengguris hatimu
Berilah ku ruang perbaiki diriku
Aku merayu kembali kepada ku
Rindu pengubat luka
 
 
Motif Cik A update entry lirik ni, sebab Cik A teramat sukakan lagu ni. Lagu ni lah yg Cik A selalu dengar tak kira masa. Tak pernah bosan kot dengar lagu ni. Actually, lagu ni sedih. :( Banyak makna kot. Sebab tu Cik A sukakan lagu ni.  Rindu pengubat lukaaaaaaaaaaa! heee.

Falling In Love With Satria Neo

Hek eleh. Duit takde sekupang ada hati nak pakai Neo? Student je pun, berlagak nak pakai Neo? Hek eleh hek eleh hek eleh BIAQLAH! EKeke. Memang begini la jenis manusia tak sedar diri kan. Tapi ada ke mak kisah nyah? Automatically ia sudah berada dalam wishlist 2014. And I'll make it happen! InsyaAllah. :)







Sekian ini sahaja yang Cik A mampu tayangkan. Tak boleh lebih lebih nanti bertambah tambah feeling nikat 'dia'.  HAHAHAHA!

Amma kini kembali !

Assalamualaikum


Hai uolls. Rindu Cik A tak? Rindu lettew. Hehe. Setelah sekian lama menyepikan diri disebabkan busy dengan kehidupan sebagai student fulltime, Cik A takde masa nak update blog bagai ni. Ampun yaaaa. Hihi. Sekarang ni Cik A ditahun akhir diploma. Cik A sedang praktikal sekarang selama 3 bulan. So Cik A adalah masa nak update blog ni. Kesian blog ni kan. Dah 3 tahun berhabuk. Haha.
Hari ini Cik A kembali menghiasi dunia blog. Nak make up comel comel. Barulah ade feel nak berblog kan? Barulah bersemangat nak update blog kan? Tak gitu? Hehe. Cik A malas lah nak bebel bebanyak ni. Sebab tak sabar nak update entry yg baru. Heee. Nantikan entry yang baru sekejap lagi ye. Jeng jeng jengggg... Bubye uolls.