Tuesday, April 5, 2011

KHASIAT SURAH AL-FATIHAH

Surah Al-Fatihah Merupakan Surah Pertama Didalam Al-Quran. Terdapat Banyak Fadhilat Surah Ini Jika Diamalkan. Antaranya ;
  • Membaca Al-Fatihah pahalanya seperti membaca sepertiga Al-Quran
  • Sesiapa yg membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 7o kali setiap hari selama tujuh hari dan meniup kepada air yg suci,insyaAllah akan memperoleh ilmu dan hikmah serta hati yg bersih.
  • Bagi sesiapa yg membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali sebelum tidur akan aman daripada segala hal selain ajal.
  • Sesiapa yg membaca Al-Fatihah berserta bismillah diantara solat subuh dan fardhu subuh,maka doanya akan dimakbil.
  • Barangsiapa yg mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20 kali setiap selesai sembahyang fardhu lima waktu,Allah s.w.t akan meluaskan rezekinya,memperbaiki akhlaknya,memudahkan segala urusannya,menghilangkan kesusahannya dan menganugerahkan apa yg diinginkan.
  • Sesiapa yg mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selepas sembahyang subuh,maka dia akan memperoleh apa yg dicarinya serta dimakbulkan doanya
  • Manakala sesiapa yg mengamalkan membaca Al-Fatihah di waktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali,maka Allah s.w.t akan bukakan pintu rezekinya dan dipermudahkan urusan tanpa kepayahan dan kesulitan.Selesai membaca Al-Fatihah,lebih elok disertakan dengan doa ini ; "Ya Allah,sesungguhnya aku memohon kepadamu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya,supaya engkau bukakan pintu-pintu rahmatMu,kurniaMu dan rezekiMu yg banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah,sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu.Aku mohon kepadaMu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya,berikan apa yg aku hajati"
  • Bukan itu sahaja,Al-Fatihah juga boleh mrngubati penyakit mata,sakit gigi,sakit perut dan lain-lain dengan dibacakan sebanyak 41 kali.

No comments:

Post a Comment